Aktiviti Semasa SMK Majakir

Bertekad Ke Arah Sekolah Perdana

Pertandingan Nasyid Dan Boria Peringkat Daerah Papar 2010

20 April 2010 (Selasa)– Penganjuran Pertandingan Nasyid dan Boria Peringkat Daerah Papar adalah antara aktiviti utama sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah, Peringkat Daerah Papar 2010. SMK Majakir sekali lagi telah menjadi tuan rumah untuk menganjurkan pertandingan tersebut pada tahun ini. Program ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Papar dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling dan Bimbingan Daerah Papar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung dan hari ini Pertandingan Nasyid dan Boria diadakan di Dewan Jubli Perak SMK Majakir.

Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menyampaikan mesej antidadah yang berunsurkan keagamaan seperti nasyid dan aktiviti menyeronokkan seperti boria. Kedua-dua aktiviti ini memerlukan penglibatan menyeluruh para peserta dan secara tidak langsung mesej mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dapat disalurkan kepada pelajar. Selain daripada itu, pertandingan ini juga akan dijadikan sebagai platfom untuk memilih kumpulan nasyid dan boria yang akan mewakili daerah Papar ke peringkat Zon kelak.

21/04/2010 - Posted by | Pentadbiran | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: