Aktiviti Semasa SMK Majakir

Bertekad Ke Arah Sekolah Perdana

Lawatan Muhibah Pengetua, Guru Dan Pelajar Korea Ke SMK Majakir

26 Mei 2010 (Rabu)– Penantian selama setahun akhirnya menemui noktah penamatnya pada petang tadi apabila rombongan yang terdiri dari Pengetua, guru serta pelajar Korea mengadakan lawatan muhibah ke SMK Majakir. Kehadiran mereka ke Papar adalah untuk mengikuti Program ‘Sabah-Korea Cultural Rendezvous’ yang dikelolakan bersama oleh SMK ST Joseph dan Pejabat Pelajaran Daerah Papar. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PPD Papar yang telah memilih SMK Majakir sebagai salah satu destinasi lawatan mereka. Penularan wabak H1N1 yang agak serius pada tahun 2009 menyebabkan program ini dibatalkan di saat-saat akhir atas sebab-sebab keselamatan.

29/05/2010 Posted by | Pentadbiran | | Leave a comment