Aktiviti Semasa SMK Majakir

Bertekad Ke Arah Sekolah Perdana

Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan 2010 Peringkat Negeri Sabah

02 Oktober 2010 (Sabtu)– Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan 2010 Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 30 September 2010 bertempat di Dewan Jubli Perak SMK Majakir. Majlis pelancaran ini merupakan anjuran Jabaran Kesihatan Negeri Sabah dengan Kerjasama Jabatan Pelajaran Sabah. Kempen yang julung kalinya diadakan di Negeri Sabah ini adalah bertemakan “Lihat, Bau dan Rasa“. Tema ini adalah merupakan 3 langkah untuk mengenalpasti makanan yang telah rosak atau basi. Tema ini dipilih memandangkan tingkahlaku ini amat mudah untuk dilakukan. Sasaran utama kempen kali ini terdiri daripada para pelajar sekolah rendah di sekitar daerah Papar.

03/10/2010 - Posted by | Pentadbiran |

No comments yet.

Leave a comment