Aktiviti Semasa SMK Majakir

Bertekad Ke Arah Sekolah Perdana

Majlis Graduasi Pra-U SMK Majakir 2010

15 November 2010 (Isnin)-Majlis Graduasi yang telah dirancang sejak awal tahun oleh pihak sekolah dengan kerjasama PERTENA serta guru-guru Pra-U akhirnya berjaya dilaksanakan pada tarikh yang bersejarah ini. Tahun ini merupakan tahun kedua majlis seumpama ini diadakan dan objektif utamanya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar Pra-U yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun ini samada dalam bidang akademik ataupun kokurikulum. Selain daripada itu, majlis ini juga diharap akan dapat dijadikan sebagai pendorong kepada semua pelajar Pra-U untuk terus memburu kejayaan di dalam Peperiksaan STPM yang bakal mereka tempuhi.


 

 

18/11/2010 - Posted by | Pentadbiran, PERTENA |

No comments yet.

Leave a comment