Aktiviti Semasa SMK Majakir

Bertekad Ke Arah Sekolah Perdana

Pendaftaran Kokurikulum Pelajar SMK Majakir 2009

Pada petang tadi telah berlangsung pendaftaran kokurikulum pelajar-pelajar SMK Majakir 2009. Aktiviti ini telah dijalankan di Anjung Ilmu Dewan Mat Zakir dan Dewan Jubli Perak. Kaunter-kaunter pendaftaran telah dibuka bermula jam 1430 dan ditutup pada jam 1530. Pendaftaran dibuat untuk Unit Kelab dan Persatuan serta Unit Sukan dan Permainan.  Bagi Unit Beruniform, pendaftaran akan dibuat pada minggu hadapan semasa perjumpaan pertama diadakan. Selain daripada itu Unit-Unit Khas juga telah dibuka pendaftarannya sebentar tadi. Syabas kepada semua pelajar SMK Majakir yang telah mendaftarkan diri pada hari ini.

12/02/2009 Posted by | Persatuan dan Kelab, Sukan dan Permainan | 3 Comments