Aktiviti Semasa SMK Majakir

Bertekad Ke Arah Sekolah Perdana

Lawatan Rombongan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Sabah Ke SMK Majakir

IMG_0275

01 September 2009 (Selasa) – Pada pagi ini pihak sekolah telah menerima kunjungan rombongan yang terdiri dari 3 pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Sabah. Mereka ialah Pn. Mistirine Radin(Ketua Nazir), Pn. Berthilda @ Betty John Nilus(Nazir) dan Pn. Hayati Mahmud(Nazir). Pihak sekolah telah menyediakan satu aturcara ringkas untuk menyambut kedatangan mereka ke sekolah. Satu taklimat ringkas mengenai latar belakang sekolah telah disampaikan oleh Pengetua  sendiri. Ini disusuli dengan tayangan filem pendek mengenai sekolah SMK Majakir sebagai Sekolah Impian di Daerah Papar.

Selesai sesi tersebut, para nazir telah dibawa ke Bilik Dokumentasi sekolah untuk membolehkan mereka membuat pemantauan ke atas fail-fail yang telah disediakan. Sebaik sahaja selesai, para nazir telah dibawa melawat ke kawasan sekitar sekolah.

01/09/2009 - Posted by | Budaya Sekolah | ,

No comments yet.

Leave a comment